Tuesday, December 16, 2008

minyak turun..harga barang?

Semalam aku singgah di 1 pasaraya berdekatan stesyen minyak,sebetulnya niat aku nak isi minyak yg sudah hampir ke penanda 'E'.Malamnya keluar berita mengumukan harga minyak turun lagi RM0.10,kali ini aku rasa rakyat Malaysia pun dah tak terlalu teruja dengan turunnya harga komoditi yg 1 ni,sebab banyak benda lain yg lebih mencuri perhatian. Ambik saja contoh kat ofis aku..ada yang tak tau pun minyak dah turun..masing2 berfikir pasal ekonomi sekarang..boleh ke majikan kita bertahan,dengan "gegaran" keadaan ekonomi yg menyaksikan banyak syarikat gergasi memberhentikan pekerja,tawaran VSS,MSS. Sumenya menakutkan. Bagi aku takde apa yg boleh dikatakan lagi..masing2 kena survive jugak walau apa pun yang terjadi. Apa yang aku dengar, management staff macam aku ni akan dapat bonus, tapi sikit..sikit yg macamana entahlah..kalo ikut perforamance over the year takdela merudum sangat..hmmm..bersyukur jela..

haa berbalik pada pada harga barang. Sampai skarang takde pulak aku dengar kerajaan kita heboh2 pasal nak pantau harga barang. Semalam aku tengok harga telur ayam Nutriplus yg dlm bekas kaler putih dah jadi RM4.20,kalo tak silap aku harga dia sebelum ni tak sampai RM4.00 pun. Paling tinggi RM3.90/3.95/3.99. Skarang yg dlm bekas clear tu pulak guna harga tu..bagi sesetengah org telur sama saja,lain2 vitamin / nutrisi yang diatambah ke ditolak kat dalam telur tu tak tau lah betul ke tidak. Susu anak aku pun naik sampai RM5.00 setin dengan tulisan ntahapa-hapa yang ditambah dalam susu tu. Mujur la anak aku tu tak mau minum susu brand lain, kalo tak dah lama aku tukar beli susu lain. Hishhh!!

No comments:

Post a Comment