Tuesday, December 30, 2008

rear seat belts for my Kancil buruk

Last 2 weeks, i've read a newspaper about this new rules by JPJ. News have spread several month ago,but just catch my eye on that day? why? Coz i have to install it to my car!Heh! if not mistaken the previous rules was applied for cars which registered after 1999,so it's inclusive of me..tetiba plak dah bertukar. Salah aku yang membaca atau diorang ni yang ubah rules ni suka-suka?.


Emmh..kalo dah kena pasang, baikla aku pasang je..lagipun free..kalo kena bayar, memang aku tak pasang la..baik aku beli susu anak aku. Ni siap cakap nak saman la,hape la..selama ni masa nak buat kereta,diorang ni tak pernah terfikir benda2 ni dulu kot..tetiba je baru terlintas kat kepala otak diorg pasal ni..so aku pun memulakan usaha telefon kat pusat servis Perodua yang dekat ngan umah aku..makk ooooiii!punyala susah nk dpt line..'bertunang' je manjang..tp at last dpt gak bercakap dgn customer service.."mintak maaf la cik, jadual pemasangan penuh setakat ini sampai Julai 2009,kita akan buka semula tempahan mulai Jan'09,jadi cik telefon semula bulan Januari'09 untuk set appointment August'09". Haaa?? Tak apalah..lagipun keta aku tu tak selalu org blakang naik, untuk aku pegi keje, balik keje je..kadang2 je adik2 aku datang,aku kena amik tu pun x leh dok depan pasal ada baby car seat.. huuuu.


Ari ni, belek punya belek kat Harian Metro, terjumpa satu komen dari pembaca yg bagitau "pemasangan memang percuma,tapi barang semua kena bayar". Biar betik??? Tipah tertipu ke?? Aku usaha lagi telefon pusat servis Perodua..abes sume branch kat dalam Selangor ni aku telefon, tapi sume pun enganged. Naik lenguh jari aku menekan nombor telefon. At last dapat jugak, PSSB Glenmarie Shah Alam, baik je org yg jwb telefon tu.."Kak, saya boleh amik appointment untuk akak sekarang ni, 11 Jun 2009 pukul 9.00am"..hehehe..awal 2 bulan dari PSSB yang dekat ngan umah aku tuh, tapi aku tipon ni bukan pasal tu, nak tanya 'hidden charges' je.."oh,sume free kak, dari pasang & barang2 yang berkenaan la"..fuuuuh lega..


So sume orang yang ada keta ala2 veteren cam aku ni,jom la pasang rear seat belt. Dari kena bayar saman beratus, baik la amik yang free je kan? http://www.perodua.com.my/index.php?section=perodua&page=rearseatbelt

Tuesday, December 23, 2008

aku sukaa ;)

Sesi aku biasalah, pagi2 mesti Gtalk ngan kawan aku Si Ninot..ehehe..selalunya kebanyakan cerita kitorang berkisarkan hal anak2..eh?kitorang masing - masing baru ader 1 anak so memang selalu excited kalau bercerita pasal anak masing2.

Pagi ni dia bagi aku satu link http://bake-freshly.blogspot.com/ pegi kat blog ni. Betapa bestnya aku tengok blog ni. Terfikir dalam kepala otak aku, kalau aku ader bakat sebegini rupa, aku rasa aku tak keje tempat aku sekarang nih..sebab aku pernah berangan nak ader kedai bakery sendiri waktu aku muda2 dulu..heh!

Tapi aku takla terer cam akak dlm blog nih. Setakat nak buat kek biasa2 tu bolehla, tapi nak buat topping,icing,whipping cream, fondant icing tu memang fail la pasal masa aku gile buat kek tu kat kampung aku tu masih tak de kedai yang jual bahan2 bakery, kalo nak beli kena pegi KL, carik kat Bake With Yen, yang kat Lorong Haji Taib..huuu kalo dengar nama lorong tu mami aku memang takkan benarkan aku pegi sana sorang2. So aku cuma boleh pegi time festive season pasal time tu ramai orang yang akan pegi beli bahan2 nak buat kuih. Pastu umah kampung aku tu mana la ada oven yang canggih manggih..setakat oven biasa yang suhu pun tak boleh nak adjust,so as long as jadi kek yang sedap kitorang dah puas hati dah.

Walaumacamanapun,niat aku masih belum berkubur lagi. Mungkin tertunda sekejap disebabkan oleh faktor2 luaran yang tak dapat dielakkan..heh! Aku masih lagi buat kek, dah cuba2 guna instant whipping cream, campuran kekacang yang mahal sket e.g pecan, walnut.. hehe..hubby boleh ke nak mintak hadiah besday or anniversary untuk taun2 depan sebijik cake mixer Kenwood yang sungguh canggih itu?hehehehe..; )

Monday, December 22, 2008

...rangkuman hujung minggu...

Plan aku baik punya untuk hujung minggu lepas..tapi satu pun tak jadi..huuuu..
Satu..dah lama aku nak buat cup cake ni tapi tak berkesempatan lagi,dari minggu ke minggu..

Dua..aku ajak hubby aku pegi sini, nak beli baju anak aku yang banyak dah tak muat kat badan dia..tapi last menet tak jadi jugak..


Ari sabtu, aku sempat curik time balik kampung, time kasihla buat hubby yang bagi kebenaran kitorang balik kampung & tolong bereskan keje umah yg dah seminggu tertangguh..hiiiii. Dapatla aku hulur duit sekeping dua buat mak & adik2 yg nak jln2 ke langkawi. Jadilah,mudah2an bertambah rezki keluarga aku..amin

Paling best nak pegi jom heboh, kalo ikutkan kesian kat anak aku yg demam tu,tapi adik ipar aku beriya nak pegi..aku pon tak tau pasal aper..ikutkan jela..sampai area bukit jalil, jalan dah jem, carik parking pun tak de..asal jumpa polis kat tempat parking, tunjuk arah "depan lagi" sampai kitorang jumpa sorang polis yg lorat nih " hah! tak yah pi la jom heboh sini,pi la heboh kat tempat lain". Agaknya kalo aku rakam la cara polis tu cakap & komplen kat TV3 & PDRM ape yg diorg nak buat? Sebenarnya parking kat kawasan C dan ke atas memang banyak kosong..tapi kalo lebih banyak polis yg macam En.Polis yang kitorang jumpa ni..memang sampai abes minyak pusing pun tak dapat parking. Kebanyakan yang pegi, gamble je parking atas border, tepi2 jalan pasal polis yang jaga parking entrance claim tak de parking..tak de parking. Sebenarnya tu propaganda je tu..entah2 lepas kitorang balik tu berapa ratus keta kena saman dengan polis trafik..heh!Kitorang??balik umah aje..



Thursday, December 18, 2008

tSuMawi


Minggu ni rata2 org bercerita pasal Mawi yg akan berkahwin ujung minggu ni. Dari radio ; ERA dah tentula promo lebih2,pasal diorg ASTRO punya, ni yg Media Prima pun sama..macam2 gaya..aku sampai dah naik muak la dengar. Kat siaran TV berbayar yg aku langgan pun macam tu,sume crita mesti ader kena mengena dangan si penyanyi sorang ni..hishhhh. Udah la aku bayar tiap2 bulan,kalo asek cita dia je, baik aku terminate je siaran TV berbayar aku tuh.

Bukan la aku anti sangat dengan dia ni. Kalo ikutkan aku adalah antara jutaan penonton AF 3, masa Mawi jadi salah sorang participantnya. Tapi aku tak la AF Undi dia (sebab aku cuma undi Zahid d orange yang skang pun dah suam2 kuku je). Masa tu tumpang seronok je la..ye la org kampung yg selalu lupa lirik nih & menyanyi ikut Qasidah dia je boleh menang besar. Gelombang Tsumawi pun muncul, tak surut2 macam gelombang tsunami. Opis aku pun bergegar dengan pengikut2 Mawi, bleh ader forum la..sape yang tak sokong mesti makan hati punya dengan supporters mamat sorang nih..tapi lama kelamaan gelombang dah mula surut dengan cerita2 yg 'mengusik' penyanyi lelaki popular ni..aku pun dah terkena tempias tu, lagi2 dengan kisah ex-tunang dia tu sampai menyanyi merayu2..memang tak boleh blah!!

Bila timbul cerita ASTRO taja majlis perkahwinan Mawi, macam2 reaksi rakyat M'sia. Heheh..Mawi tu dah bagi untung berjuta2 kat ASTRO so tak mustahil ASTRO nak taja majlis dia..itu pun kira sikit je jumlahnya. Skarang pun ASTRO still kutip untung lagi..SMS ucapan la..dengar suara la..pusing2 balik diorang masih dapat untung lah!! Marketing strategy weh!! Otak mesti geliga..heh!! Apa-apa pun tahniah la pada pasangan ni..dalam cerita2 yang kureng menarik pasal perkahwinan artis lain..maybe nanti wartawan bleh gelar pasangan ni wedding of the year..

Tuesday, December 16, 2008

minyak turun..harga barang?

Semalam aku singgah di 1 pasaraya berdekatan stesyen minyak,sebetulnya niat aku nak isi minyak yg sudah hampir ke penanda 'E'.Malamnya keluar berita mengumukan harga minyak turun lagi RM0.10,kali ini aku rasa rakyat Malaysia pun dah tak terlalu teruja dengan turunnya harga komoditi yg 1 ni,sebab banyak benda lain yg lebih mencuri perhatian. Ambik saja contoh kat ofis aku..ada yang tak tau pun minyak dah turun..masing2 berfikir pasal ekonomi sekarang..boleh ke majikan kita bertahan,dengan "gegaran" keadaan ekonomi yg menyaksikan banyak syarikat gergasi memberhentikan pekerja,tawaran VSS,MSS. Sumenya menakutkan. Bagi aku takde apa yg boleh dikatakan lagi..masing2 kena survive jugak walau apa pun yang terjadi. Apa yang aku dengar, management staff macam aku ni akan dapat bonus, tapi sikit..sikit yg macamana entahlah..kalo ikut perforamance over the year takdela merudum sangat..hmmm..bersyukur jela..

haa berbalik pada pada harga barang. Sampai skarang takde pulak aku dengar kerajaan kita heboh2 pasal nak pantau harga barang. Semalam aku tengok harga telur ayam Nutriplus yg dlm bekas kaler putih dah jadi RM4.20,kalo tak silap aku harga dia sebelum ni tak sampai RM4.00 pun. Paling tinggi RM3.90/3.95/3.99. Skarang yg dlm bekas clear tu pulak guna harga tu..bagi sesetengah org telur sama saja,lain2 vitamin / nutrisi yang diatambah ke ditolak kat dalam telur tu tak tau lah betul ke tidak. Susu anak aku pun naik sampai RM5.00 setin dengan tulisan ntahapa-hapa yang ditambah dalam susu tu. Mujur la anak aku tu tak mau minum susu brand lain, kalo tak dah lama aku tukar beli susu lain. Hishhh!!

WAREHOUSE SALE





I wanna go to this sale..maybe want to buy some more towels for family especially for my litlle one..hmm look sooo nice for her..lagipun dekat je ngan umah aku..emm gaji da masuk ehh mggu tu??harap2nya udah la..tak de la nak borong sangat..dapat bli untuk ganti2 towel yg ader tu ok la kan..heh!Ni tengah tggu feedback dari org2 yg dah pegi sales nih..kalo berbaloi memang aku pegi la..ader sape2 nak folo?jom pegi ramai2..

Monday, December 15, 2008

1st entry..

Selama ni aku asek jd pembaca setia blog hubby aku,so arini i'm trying to create my own blog..hehe..didn't mean to challenge him coz i know my writing is not superb as him..but this is inspired by him..heheh!!

pagi tadi on the way to office dgrla HOTFM..ni la radio pilihan aku skang nih sbb channel lain tu seems like 'hilang arah tujuan' je..topik pg ni mmg best la.."becinta bagai nak rak tapi kawen dgn org lain" aku ketawa sndri bila dgr caller crita pasal diorg punya pengalaman..aku rasa this is common topic..sume org mrasa bercinta:cuma the way it is je different..ni nk bukak citer lama la ni..hehe..zaman skolah cinta aku cinta monyet,nak SPM aku dpt sorg boipren gak tp dh lain2 cabang lps dpt result so memang putus camtu je la..tak de black n white..masa matriks sampai U aku free dari C.I.N.T.A. Dari 1st sampai 3rd year hidup aku penuh dengan kawan2,jalan-jalan ke Alor Star,makan2 di Kuala Perlis,window shopping di Bukit Kayu Hitam,Padang Besar..even sampai ke Pesta Penang, Padang Kota..hmm best!Cakap je kat mana tempat kat Utara ni insyaallah la aku bleh guide..(time tu la..skang nih tak dapat la..dh bertaun x jejak sana..tapi kalo Kuala Perlis tu ingat lagi!!)

Masuk final year, kantoi gak..nak kata cinta tu entah la..declare couple?seingat aku tak jugak kot..cuma 'sendiri2 paham' la kot..memang time tu 200% komitmen la..tapi at last tak ke mana jugak..honestly aku frust tertonggeng + suffer lebih kurang setaun. Masa tu buat praktikum, then menganggur pulak kat umah. Every time dapat email or baca email lama dari dia mesti aku nangis..syahdu giler. Lama aku camtu,bila dapat keje aku buka diari baru.."it's alright,it's ok". Paling sadis masa hari konvo aku dia tunjuk gefren baru dengan bangganya..heh! Tak apelah..tak ader jodoh..mami aku cakap..aku pasrah.

Hmm..pastu aku jumpa hubby aku,bercinta tak sampai setaun, pastu bertunang. So aku dah simpan sume cerita cinta lama dalam bakul sampah. Mudah2an inilah suamiku dunia sampai akhirat...AMIN!! Sebab tu aku tergelak masa dengar radio pagi tadi..rupanya aku pun salah sorang yang terkena!!