Friday, April 24, 2009
aku kecik hati..
2) kerja di opis caca marba..opismate prangai mcm 'cilako'..buat aku fed-up
3) aku dah semaikn x larat membawa perut..kenapa x de sape nak tolong aku??
Monday, March 2, 2009
macam-macam??
ohh..bulan berganti baru..aku masih mencari jalan kerja yg benar..atau aku akan terus membeku di opis ini yg makin lama makin senak dengan kehadiran makhluk2 bergelar 'baru' untuk diajar..tapi kami sendiri mungkin boleh digelar ibu ketam yang gagal,kerana anak ketamnya mampu berjalan lurus..hahahhaa,sedangkan trainer sprti kami ini masih lagi menggaki-gali 'figure' untuk terus bertahan..entahlah..
afiqah demam,mungkin benar kata org tua..susu ibu paling ampuh untuk membekalkan antibodi..afiqah juga sempat minum..cuma dlm kuantiti yg sedikit..mungkin juga persekitaran tempat jagaannya membuatkan antibodinya sering diserang..macam2..
Monday, January 12, 2009
ohhh..ohhh..
sume kena block, sume unavailable...perghhh..aku tunggu je kalo2 jadi cam 2,3 taun lepas diorang block YAHOO! pasal kononnya dah banyak sangat user sampai server slow..kali ni tak tau la aku..hish..
kat umah ader, tapi seringkali aku terpaksa bergelut dengan Afiqah bila nak curik2 masa nak guna internet..aku pikir aku kena beli sbijik laptop supaya aku tak perlu terkejar2 naik atas, dan berlari turun bila afiqah terjaga dari tidurnya yang bukan ala2 sleeping beauty..ohhh
Thursday, January 1, 2009
not interested at all

Tuesday, December 30, 2008
rear seat belts for my Kancil buruk
Tuesday, December 23, 2008
aku sukaa ;)
Pagi ni dia bagi aku satu link http://bake-freshly.blogspot.com/ pegi kat blog ni. Betapa bestnya aku tengok blog ni. Terfikir dalam kepala otak aku, kalau aku ader bakat sebegini rupa, aku rasa aku tak keje tempat aku sekarang nih..sebab aku pernah berangan nak ader kedai bakery sendiri waktu aku muda2 dulu..heh!
Tapi aku takla terer cam akak dlm blog nih. Setakat nak buat kek biasa2 tu bolehla, tapi nak buat topping,icing,whipping cream, fondant icing tu memang fail la pasal masa aku gile buat kek tu kat kampung aku tu masih tak de kedai yang jual bahan2 bakery, kalo nak beli kena pegi KL, carik kat Bake With Yen, yang kat Lorong Haji Taib..huuu kalo dengar nama lorong tu mami aku memang takkan benarkan aku pegi sana sorang2. So aku cuma boleh pegi time festive season pasal time tu ramai orang yang akan pegi beli bahan2 nak buat kuih. Pastu umah kampung aku tu mana la ada oven yang canggih manggih..setakat oven biasa yang suhu pun tak boleh nak adjust,so as long as jadi kek yang sedap kitorang dah puas hati dah.
Walaumacamanapun,niat aku masih belum berkubur lagi. Mungkin tertunda sekejap disebabkan oleh faktor2 luaran yang tak dapat dielakkan..heh! Aku masih lagi buat kek, dah cuba2 guna instant whipping cream, campuran kekacang yang mahal sket e.g pecan, walnut.. hehe..hubby boleh ke nak mintak hadiah besday or anniversary untuk taun2 depan sebijik cake mixer Kenwood yang sungguh canggih itu?hehehehe..; )
Monday, December 22, 2008
...rangkuman hujung minggu...
Dua..aku ajak hubby aku pegi sini, nak beli baju anak aku yang banyak dah tak muat kat badan dia..tapi last menet tak jadi jugak..
Ari sabtu, aku sempat curik time balik kampung, time kasihla buat hubby yang bagi kebenaran kitorang balik kampung & tolong bereskan keje umah yg dah seminggu tertangguh..hiiiii. Dapatla aku hulur duit sekeping dua buat mak & adik2 yg nak jln2 ke langkawi. Jadilah,mudah2an bertambah rezki keluarga aku..amin
Paling best nak pegi jom heboh, kalo ikutkan kesian kat anak aku yg demam tu,tapi adik ipar aku beriya nak pegi..aku pon tak tau pasal aper..ikutkan jela..sampai area bukit jalil, jalan dah jem, carik parking pun tak de..asal jumpa polis kat tempat parking, tunjuk arah "depan lagi" sampai kitorang jumpa sorang polis yg lorat nih " hah! tak yah pi la jom heboh sini,pi la heboh kat tempat lain". Agaknya kalo aku rakam la cara polis tu cakap & komplen kat TV3 & PDRM ape yg diorg nak buat? Sebenarnya parking kat kawasan C dan ke atas memang banyak kosong..tapi kalo lebih banyak polis yg macam En.Polis yang kitorang jumpa ni..memang sampai abes minyak pusing pun tak dapat parking. Kebanyakan yang pegi, gamble je parking atas border, tepi2 jalan pasal polis yang jaga parking entrance claim tak de parking..tak de parking. Sebenarnya tu propaganda je tu..entah2 lepas kitorang balik tu berapa ratus keta kena saman dengan polis trafik..heh!Kitorang??balik umah aje..

